TERKINI : "Dasar Ekonomi Baharu (DEB) Diteliti Untuk Semua Kaum" -Timbalan Menteri Kewangan

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 0

Manifesto yang dibentangkan Pakatan Harapan sebelum memenangi pilihanraya umum ke-14 antara agenda utama yang bakal terkandung di dalam Bajet 2019.

Meskipun tidak menyatakan secara terperinci, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, kementerian tersebut sedang meneliti mengenai Dasar Ekonomi Baharu (DEB).

Tegasnya, pendirian Pakatan Harapan amat jelas di dalam mengekalkan agenda orang Melayu dan bumiputera namun dalam masa yang sama percaya bahawa kaum lain juga perlu mendapat perhatian kerajaan.

"Agenda Bumiputera memang sentiasa dipegang oleh Pakatan Harapan tetapi kami juga mahu kaum lain tidak ditinggalkan.

"Kami konsisten di dalam memberi bantuan kepada semua rakyat yang memerlukan tanpa mengira kaum," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan dan Pameran Tahunan BankTech Asia ke-10 di sini hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Share This Video


Download

  
Report form