Kerajaan Pakatan Harapan (PH) akan membuat siasatan berhubung dakwaan perbelanjaan Yang di-Pertuan Agong membabitkan sejumlah RM250 juta dalam tempoh 16 bulan.
Sebelum ini, Ketua Media dan Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan, Datuk A Kadir Jasin mendakwa kira-kira RM257 juta digunakan untuk perbelanjaan Sultan Muhammad V sejak baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong dimana purata RM16 juta sebulan dibelanjakan kerajaan antaranya untuk penginapan, kediaman, barangan peribadi, pesawat, pengangkutan, pakaian Yang di-Pertuan Agong, hadiah dan cenderamata, kunjungan luar negara serta gaji kakitangan istana.
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad walaubagaimanapun berkata akan melihat dan mengkaji kesahihan dakwaan tersebut dan akan memaklumkan sekiranya dakwaan itu benar atau hanya spekulasi sahaja.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com