TERKINI : FAMA Hypermarket Akan Diwujudkan- Salahuddin Ayub

Malaysia Gazette TV 2019-04-23

Views 2

Sebuah pasaraya Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan dibina di Shah Alam selewat-lewatnya hujung tahun depan.

Langkah itu diambil bagi memasarkan produk keluaran usahawan FAMA, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub.

Menurut beliau, projek perintis (pasar raya) itu diperlukan kerana jenama dan produk FAMA semakin mendapat sambutan rakyat.

"Pasaraya itu juga bertujuan meningkatkan lagi perkhidmatan kita kepada masyarakat dan kita jamin harga yang ditawarkan lebih rendah daripada pasaran biasa," katanya selepas menghadiri taklimat bersama Timbalannya Sim Tze Tzin di ibu pejabat Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) di sini, hari ini.

MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com

Share This Video


Download

  
Report form