Semua jawatan dalam UMNO terbuka dan bebas dipertandingkan termasuk jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Naib-naib Presiden serta kepimpinan sayap parti, kata Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Katanya, tidak timbul soal tidak ada pertandingan dalam pemilihan UMNO.
“Saya bersama Datuk Seri Hishammuddin berlapang dada terhadap perkara ini,” katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, di Menara Dato’ Onn hari ini.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com