BAGAN DATUK – Keputusan samada pertembungan empat penjuru atau tidak hanya akan diketahui seawal jam 11 pagi esok.
Menurut Pengawai Pengurus Pilihanraya Parlimen Bagan Datuk, Datuk Hamzah Hussin, apa-apa kemungkinan boleh berlaku pada proses penamaan calon Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) esok.
“Berdasarkan mesyuarat khas yang diadakan bersama polis, kita jangkakan hanya tiga penjuru di setiap kerusi.
“Proses penyerahan borang tamat jam 10 pagi dan kita akan proses dan membuat penilaian undi dan sebahagian dan semakan Jabatan Insolvensi dan SPRM.
“Saya jangka keputusan bilangan calon akan diketahui seawal jam 11 pagi dan kita harap tidak akan ada masalah dari segi dokumen calon,” katanya selepas membuat tinjauan terakhir mengenai persiapan badan itu sempena proses penanaman calon esok.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com