Beberapa wakil ahli keluarga tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) membuat laporan polis terhadap Zamihan Mat Zain kerana didakwa cuba menghasut tahanan dengan penghinaan terhadap kerajaan baharu, Pakatan Harapan.
Zamihan yang juga pegawai kader Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Kementerian Dalam Negeri (KDN) didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan dan hasutan semasa dalam satu program bersama tahanan pada 31 Mei baru-baru ini di Penjara Sungai Buloh.
MalaysiaGazette.com - Online News / Portal - Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com