Khairuddin Rosli, 42, merupakan bekas penagih dadah tegar di Jalan Masjid india suatu ketika dulu, kini merupakan salah seorang daripada 40 penghuni Rumah Perlindungan HIV Lelaki Muslim Darul Ukhwah, Puchong.
Selepas berpuluh tahun bergelumang dengan najis dadah, beliau lebih mesra dengan panggilan Din mahu menjalani hidup yang baru, meskipun agak terlambat setelah dijangkiti uman Human Immunodeficiency Virus (HIV).