Tinjauan yang dibuat oleh Malaysia Gazette sehingga pukul 11.30 sejak ribut yang melanda perkarangan Kompleks Pas Kedah pukul 7 petang tadi mendapati pihak Unit Amal Pas berjaya mengawal keadaan dengan baik.
Namun, di sebalik kecekapan pihak Unit Amal mengendali situasi, kelibat pemimpin tertinggi parti tidak kelihatan di perkarangan kompleks berkenaan.
Begitu juga dengan sebarang kenyataan rasmi, sehingga pukul 11.30 malam, pihak media masih menunggu kenyataan daripada pihak pimpinan mahupun pihak urusetia.
Pihak urusetia bagai manapun memaklumkan, pihak mereka akan mempertimbangkan untuk membuat satu sidang media khas berkenaan bencana tersebut, esok