Mengisahkan Munirah seorang ibu tunggal bertungkus lumus mencari rezeki untuk menyara anaknya. Munirah berkerja sebagai jualan langsung menjual produk kecantikan dari rumah ke rumah. Sejak bercerai, Munirah telah membesarkan kedua-dua anaknya tanpa mengharapkan bantuan daripada bekas suaminya, Amran. Kehidupannya yang tenang kembali menjadi kecoh selepas Amran berkahwin semula dengan Noridah, seorang pegawai perhubungan awam (GRO) yang cantik.