Lebih 3.2 juta mohon Bantuan Sara Hidup

KiniTV 2019-03-29

Views 196

Lebih 3.2 juta permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) direkodkan sehingga semalam, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata ia merangkumi 530,000 permohonan baharu serta 2.67 juta permohonan pengemaskinian data.

“Jumlah ini akan terus meningkat berdasarkan proses kemasukan data kini masih sedang dilaksanakan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan dijangka mencecah empat juta permohonan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) yang meminta kementerian menyatakan jumlah pendaftaran baharu dan pengemaskinian BSH.

Share This Video


Download

  
Report form