Rumah mampu milik hanya boleh dijual semula kepada k’jaan

KiniTV 2019-03-27

Views 3.9K

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin berkata rumah mampu milik di bawah kementerian itu yang sedang dibina tahun ini, hanya boleh dijual semula kepada kementerian itu.

Ini bertujuan bagi memastikan rumah tersebut hanya boleh dimiliki oleh golongan yang berkelayakan dan secara tidak langsung mengawal harga rumah itu.

"Kalau rumah mampu milik itu dibina tahun ini akan siap dalam tempoh tiga setengah tahun, minta pemilik yang ingin menjualnya supaya kembalikan kepada kementerian.

"Sebab kita buat peraturan baharu ini untuk mengawal pembelian, pemilikan dan harga rumah mampu milik kepada golongan yang tidak berkemampuan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.


Katanya, ia akan dimasukkan ke dalam peraturan baharu selaras dengan Dasar Perumahan Mampu Milik Negara.

Sementara itu, terdahulu hari ini, Zuraida ketika menjawab soalan di Dewan Rakyat berkata, kementeriannya sedang mengadakan perbincangan dengan Majlis Peguam sekiranya boleh mengecualikan kos guaman kepada kumpulan berpendapatan rendah untuk membeli rumah.

Beliau berkata demikian memandangkan masalah kos guaman yang tinggi itu ditimbulkan semasa perbahasan titah Diraja kementerainnya.

Share This Video


Download

  
Report form