Bukan kali pertama saya pernah label Dr M sebagai bekas diktator

KiniTV 2019-03-27

Views 1K

Ahli Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar mempertahankan kenyataannya tentang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dalam wawancara media Singapura, Straits Times.

Bercakap pada sidang media hari ini, anak sulung kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim itu menjelaskan, gelaran bekas diktator kepada Mahathir itu bukanlah satu perkara baru dan pernah disebutkan beberapa kali sebelum pilihan raya lalu.

Minggu lalu, Nurul Izzah dalam wawancaranya dengan Straits Times memberi gambaran bahawa penggal ini merupakan yang terakhir baginya menjadi wakil rakyat.

Antara lain, Nurul Izzah menyatakan rasa kecewanya dengan kemasukan bekas wakil rakyat Umno dalam parti komponen PH.

Selain itu, ahli parlimen Permatang Pauh itu juga menyentuh tentang cabaran bekerjasama dengan Dr Mahathir yang disifatkannya sebagai "bekas diktator yang menyebabkan banyak kerosakan".

Share This Video


Download

  
Report form