Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang meneliti kebolehlaksanaan tindakan mewajibkan imunisasi kepada bayi dan kanak-kanak di negara ini dengan mengambil kira sasaran umur yang sesuai dan jenis vaksin yang perlu diambil. Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu antara yang dibincangkan dalam satu Jawatankuasa Kerja (Task Force) yang ditubuhkan untuk mengkaji pelaksanaan dan implikasi yang berkaitan, sebelum satu kertas cadangan kepada jemaah menteri disediakan.Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) berhubung pendirian kementerian untuk mewajibkan vaksinasi kanak-kanak berikutan kenaikan kes difteria di Johor.