Anggota Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim hari ini menanyakan soalan bagi pihak penduduk Baling menegnai kenyataan Menteri Industri Utama Teresa Kok supaya bertukar dari tanam kelapa sawit kepada menanam buluh seperti yang dipetik Utusan Malaysia.
Namun soalan yang ingin dikemukan oleh Azeez itu tidak diberi laluan oleh Teresa.
"Menteri, orang Baling tanya pasal apa menteri suruh tanam pokok buluh. Itu buluh mahu buat apa, mahu minta penjelasan," tanya Azeez.
Namun dalam kenyataan balas mengenai isu itu seperti , Teresa berkata tanaman buluh, nanas dan kelapa hanyalah cadangan alternatif kepada para pekebun kecil dan bukan pengganti kepada kelapa sawit.
Beliau merujuk laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk “Lupakan Kelapa Sawit, Tanam Buluh” yang disiarkan akhbar itu minggu lalu.
"Buluh, nanas dan kelapa yang saya sebutkan semalam adalah sebagai cadangan alternatif kepada para pekebun kecil yang selama ini sangat bergantung hanya kepada tanaman kelapa sawit sebagai sumber pendapatan.
"Kenyataan saya juga hanya rujuk kepada beberapa kawasan yang bersesuaian di negeri Pahang yang kebetulannya mempunyai banyak buluh.Dengan penjelasan ini, saya berharap kekeliruan dapat dirungkaikan," katanya dalam kenyataan media hari ini.