Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah kerajaan sedar bahawa peningkatan kos sara hidup adalah antara cabaran dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.Justeru, Seri Paduka bertitah rakyat harus yakin langkah yang diambil kerajaan biarpun kesannya tidak segera dirasai.Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan Penggal Kedua Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen di sini hari ini.