Untuk membuktikan bahawa PAS dan Umno tidak menzalimi mana-mana bangsa, Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan mengajak pemimpin DAP melihat sendiri bagaimana kedua-dua parti itu mentadbir negeri.Dalam satu kenyataan, kata Nasrudin, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming boleh datang ke Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pahang untuk melihat sendiri bagaimana kerajaan negeri tersebut diuruskan.Kata Nasrudin PAS dan Umno mengadakan kerjasama untuk menyatu-padukan orang Islam di Malaysia tanpa menzalimi bangsa atau penganut agama lain.Bekas anggota parlimen Temerloh itu menambah hak penganut agama dan bangsa lain ada diperuntukkan dalam perlembagaan negara.