Anwar punca Bersatu kalah di Semenyih, dakwa Khalil

KiniTV 2019-03-04

Views 8.6K

PAS mendakwa sikap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyerang parti Islam itu baru-baru ini membuatkan rakyat semakin benci dan menolak Pakatan Harapan. Memetik Harakahdaily, Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, faktor itu juga menjadi punca kekalahan PH di Pilihan Raya Kecil Semenyih.Jelasnya, serangan Anwar terhadap PAS ialah punca utama kekalahan Bersatu di Semenyih.Minggu lalu, Anwar mendedahkan bahawa PAS membayar pengarang Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown sejumlah wang besar. Bayaran itu bertujuan menyelesaikan saman fitnah yang difailkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang terhadap Clare sebanyak RM1.4 juta. Khalil mendakwa, tindakan Anwar itu dipercayai berikutan perjumpaan PAS bersama Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini yang secara terang menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Mahathir dalam kerajaan. Katanya lagi, sokongan PAS terhadap Dr Mahathir sebenarnya membuat Anwar kepanasan ekoran pendedahan wujud gerakan di sebalik tabir untuk mengenepikan Dr Mahathir sebagai perdana menteri.

Share This Video


Download

  
Report form