Sila bawa ke mahkamah, Muhyiddin cabar Nazri

KiniTV 2019-02-27

Views 3K

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Nazri Aziz boleh membawa Pakatan Harapan ke mahkamah sekiranya beliau merasakan pelantikan oang bukan Melayu ke jawatan kanan kerajaan telah melanggar perlembagaan, kata Timbalan Presiden PH Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin mengulas ceramah Nazri pada Sabtu lalu yang mendakwa kerajaan PH lemah dan menyerahkan hak kaum Melayu kepada kaum-kaum lain.

Nazri menyebut pelantikan bukan Melayu sebagai ketua hakim negara, peguam negara dan menteri kewangan sebagai contohnya.

Semalam, polis mengesahkan Nazri sedang disiasat di bawah Akta Hasutan 1948.

Mengulas pelantikan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Muhyiddin berkata apa yang penting adalah sikap amanah dan bukannya kaum.

Menteri dalam negeri membandingkan dengan Najib Razak yang juga pernah menjawat menteri kewangan.

Share This Video


Download

  
Report form