Hotel di Mekah terbakar

KiniTV 2019-02-18

Views 2

Satu kebakaran dilaporkan berlaku di sebuah hotel di Mekah, Arab Saudi semalam, bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan, demikian menurut portal berita Alweeam, memetik pertahanan awam Mekah.

Jurucakap pertahanan awam Nayef al-Sharif, berkata kejadian berlaku kira-kira 11.40 pagi (waktu tempatan) di hotel yang merupakan sebahagian projek Jabal Omar.

Beliau berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran sampah di tempat tertutup dan berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak pertahanan awam.

Punca kejadian masih dalam siasatan, katanya.

Bagaimanapun, Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata tiada rakyat Malaysia terlibat dalam kebakaran itu.

Rakaman video berdurasi 31 saat yang memaparkan satu aras di hotel itu terbakar tersebar di laman sosial.

Share This Video


Download

  
Report form