Tajaan lawatan PDRM ke Turki tak wajar

KiniTV 2019-02-15

Views 7.3K

Dr Mahathir Mohamad mengakui tajaan syarikat judi terhadap lawatan pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Turki tidak wajar walaupun ia berniat baik.Perdana menteri juga menegaskan keputusan menerima tajaan itu dibuat sebelum PH mengambil alih Putrajaya pada 9 Mei 2018.“Perkara itu diputuskan oleh kerajaan lalu, sebelum kami (PH) memerintah."Tujuannya (lawatan itu) baik, tapi ia (tajaan syarikat loteri Itu) tidak wajar,” katanya.Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas lawatan sambil belajar Ketua Polis Negara Mohamad Fuzi Harun serta beberapa pegawai kanan PDRM ke Turki baru-baru Ini.

Share This Video


Download

  
Report form