Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata beliau tidak menjangkakan masih menerima sokongan padu rakyat selepas tidak lagi menjadi perdana menteri.
Malah katanya fenomena itu tidak dirasainya ketika beliau masih lagi berkuasa di Putrajaya sebagai perdana menteri.
"Saya tak jangka sama sekali, ia berlaku dalam tempoh dua, tiga bulan kebelakangan ini, sambutan rakyat cukup luar biasa. Masa saya jadi perdana menteri tidak terima langsung.
"Hari ini mereka tak sabar-sabar nak selfi (swafoto), nak berjabat tangan, ada yang kata saya ada satu permintaan nak peluk Datuk.
"Jadi macam luar biasa, dan fenomena "bossku", "malu apa bossku" dia bukan saja meletup ustaz, ia jadi meletup-letup, ia jadi fenomena," kata Najib dalam satu siaran langsung video Facebook.