'Sebarang penemuan, biar majistret buat pengumuman'

KiniTV 2018-12-28

Views 1.5K

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan terbuka berhubung keputusan mengadakan inkues mengenai kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dijalankan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata keputusan yang dibuat Kementerian Dalam Negeri itu semalam dibuat selepas mengambil kira siasatan awal kematian Adib.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penghargaan Wira Merah di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya hari ini.

Jadi sebarang penemuan biar majistret yang buat pengumuman," kata pada sidang media selepas Majlis Penghargaan Wira Merah di ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas berhubung kenyataan Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia semalam yang mempersoalkan keputusan Peguam Negara Tommy Thomas untuk mengadakan inkues bagi menentukan sebab kematian Adib.

Share This Video


Download

  
Report form