Pemuda PAS tegah umat Islam sambut Krismas

KiniTV 2018-12-24

Views 1

Umat Islam diberi peringatan supaya tidak menyambut Hari Natal atau Krismas esok kerana perayaan tersebut merupakan hari kebesaran penganut agama Kristian yang bertentangan dengan akidah Islam.

Ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata sambutan Hari Krismas melibatkan perbuatan mensyirikkan Allah dengan tiga sifat ketuhanan.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan kuliah maghrib di surau Kg Padang Gelong Bilal, Kuala Terengganu pada Jumaat lalu.

Video tersebut dimuat naik di Facebooknya.

Muhammad Khalil berkata terdapat ulama yang berpendapat, dibolehkan meraikan hari kebesaran agama lain yang tidak melibatkan pegangan akidah tetapi cuma melibatkan budaya sahaja.

Muhammad Khalil turut mengingatkan agar umat Islam tidak sewenang-wenangnya menulis status di Facebook bagi memberi ucapan sambutan perayaan itu.

Share This Video


Download

  
Report form