PASIR MAS 18 Dis. - Kira-kira 300 penduduk Kampung Kubang Pak Itam, Meranti di sini mula terputus hubungan selepas jalan utama untuk masuk ke kawasan berkenaan ditenggelami air.
Tinjauan Utusan Online mendapati bot enjin galah menjadi pengangkutan utama selepas kawasan berkenaan ditenggelami banjir sedalam 1 hingga 1.5 meter.