PKR Cabang Permatang Pauh menzahirkan perasaan sedih dan terkejut dengan pengumuman
anggota Parlimen Permatang Pauh Nurul Izzah Anwar yang meletak jawatannya sebagai naib presiden PKR.
Timbalan Cabang Permatang Pauh, Dr Afif Bahardin dalam satu sidang media di Pulau Pinang hari ini berkata keputusan Nurul Izzah itu berkemungkinan kerana rasa tidak puas hati terhadap hala tuju parti dan senario dalaman semasa.
Justeru Afif menggesa kepimpinan tertinggi parti untuk mengambil langkah proaktif untuk membentuk semula kesepakatan dan keyakian ahli kepada parti pasca pemilihan parti 2018.
Nurul Izzah pagi tadi turut mengumumkan meletak jawatan sebagai Pengerusi PKR Pulau Pinang namun tetap mengekalkan keanggotaan parti serta menjadi penyokong kerajaan di parlimen.