Kerajaan sedang sediakan dokumen untuk mula prosedur batal sijil AIM

KiniTV 2018-12-06

Views 1.9K

Kerajaan sedang menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk memulakan prosedur pembatalan sijil Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mengikut seksyen 17 (2) Akta Pemegang Amanah 1992 kerana tidak memenuhi syarat-syarat Suratcara Ikatan Amanah terutamanya dalam penubuhan anak-anak syarikat.

“AIM ini tujuan nembantu isi rumah termiskin tapi nampaknya ada juga pelanggaran undang-undang oleh kerajaan sebelum ini… memang wujudnya anak syarikat walaupun tidak dibenarkan,” kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Share This Video


Download

  
Report form