Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui tindakan pemantauan dan penguatkuasaan merumuskan tiada bukti menunjukkan bahawa terdapat penjualan beras dan telur palsu di pasaran.
Timbalan Menterinya Chong Chieng Jen berkata justeru itu KPDNHEP dan Kementerian Kesihatan mengalu-alukan individu yang mempunyai bukti supaya tampil dan memberi maklumat bagi membolehkan tindakan siasatan dilaksanakan.