Kuota pemilikan hartanah oleh warga asing akan disemak

KiniTV 2018-11-12

Views 520

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyemak semula kuota pemilikan rumah atau hartanah oleh warga asing agar ia boleh dijadikan garis panduan untuk pemaju dan pihak berkuasa negeri, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata setakat ini, jumlah hartanah yang dimiliki warga asing di negara ini tidak melebihi satu peratus.

"KPKT akan membincangkan mekanisme yang lebih terperinci yang boleh diguna pakai oleh pihak berkuasa negeri," katanya menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai kaedah sesuai untuk mengekang pembelian hartanah oleh warganegara asing selain penetapan nilai ambang yang pernah dikuatkuasakan sejak 2009.

Share This Video


Download

  
Report form