Tuduhan pada Najib 'sangat bodoh', kata Shafee

KiniTV 2018-10-25

Views 1

Ketua pasukan peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah, berkata Najib bersemangat untuk menghadiri perbicaraan yang ditetapkan pada 29 Nov ini kerana berpendapat tuduhan yang dibuat itu direka-reka oleh Pejabat Peguam Negara (AGC).

"Saya rasa tuduhan ini sengaja dibuat-buat dan saya fikir ia sangat bodoh.

"Semua tuduhan ini mempersoalkan keputusan eksekutif menteri kewangan dan ketua setiausaha kementerian kewangan," katanya.

Menurut Shafee semua enam tuduhan yang dikenakan ke atas Najib pada dasarnya berkaitan isu kewangan yang disalurkan semula sebagai peruntukan spesifik yang lebih penting.

Share This Video


Download

  
Report form