Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan merekodkan rumah-rumah yang tidak terjual di seluruh negara bernilai RM22.5 bilion.
Menterinya Zuraida Kamaruddin berkata 73 peratus daripada rumah yang tidak terjual itu merupakan kategori rumah mampu milik yang bernilai RM250,000 ke bawah.
Beliau menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) mengenai langkah kementerian untuk mengatasi masalah lambakan unit rumah yang tidak dapat dijual berikutan kegagalan para pembeli mendapatkan pinjaman perumahan daripada bank dan institusi kewangan.
Zuraida berkata kementerian juga telah berbincang dengan pelbagai pihak termasuk Bank Negara Malaysia untuk membantu menyediakan skim-skim pembiayaan rumah yang membolehkan syarat kelulusan pinjaman rumah dilonggarkan.