Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas lanjut kritikan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai Umno yang disifatkan Mahathir sebagai sudah tiada.
"Awak tengoklah Umno ada ke tidak ada sekarang," jawab Ahmad Zahid ketika diminta komen dari wartawan berkenaan kritikan Mahathir itu.
Menjawab apa tindakan Umno untuk menangkis kritikan Mahathir menegnai Umno, Ahmad Zahid hanya menjawab pendek,
"Takpalah...suka hati dialah," jawab Ahmad Zahid ketika ditemui di Parlimen sebentar tadi.
Semalam dalam satu forum anjuran Sinar, Mahathir berkata tidak ada masa depan untuk Umno kerana ia mempunyai “ahli terdesak” yang terus mempertahankan pemimpin yang tidak betul.