Kerajaan akan memasang mesin pengimbas x-ray di laluan biasa dan orang kenamaan (VIP) di lapangan terbang menggantikan sistem secara manual iaitu pemeriksaan badan secara fizikal.
Selain itu, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, pengimbas x-ray akan diperkenalkan pada tahun depan secara berperingkat.
Menjawab soalan tambahan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang) di Parlimen hari ini, Loke menambah kesemua alatan itu sudah ditempah dan dijangka akan tiba tidak lama lagi.