Bakal Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan akan memenangi pilihan raya kecil Port Dickson dengan jumlah undi yang tinggi, menurut hasil kajian Institut Darul Ehsan (IDE).
Walau bagaimanapun, majoriti itu sukar ditentukan kerana ia bergantung kepada jumlah pengundi yang akan keluar, kata Timbalan Pengerusi IDE, Datuk Redzuan Othman pada satu taklimat di Port Dickson, petang ini.
Menurut kaji selidik ke atas 1,084 pengundi di Port Dickson yang dijalankan antara 8 hingga 9 Oktober, 74 peratus responden berkata mereka akan mengundi Anwar.
Menurut kajian itu lagi calon Bebas, Saiful Bukhari Azlan, dijangka kalah teruk.