Mesyuarat kabinet memutuskan hukuman sebat di khalayak ramai terhadap dua wanita oleh Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu baru-baru ini tidak mencerminkan keadilan, malah memberikan gambaran buruk terhadap Islam.
"Pihak kabinet berpendapat bahawa ini tidak mencerminkan keadilan dan timbang rasa oleh agama Islam.
"Sebaliknya kita tahu bahawa ini adalah kes pertama bagi mereka dan biasanya dalam kes pertama kita perlu memberi nasihat dan tidak seterusnya melakukan (hukuman) sebat sehingga diketahui oleh seluruh negara.
"Ini memberi gambaran yang buruk kepada agama Islam," jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu video pendek.