Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan lima memorandum persefahaman (MoU) ditandatangani bersama China.
Majlis menandatangani perjanjian itu turut disaksikan oleh Perdana Menteri China, Li Keqiang.
Salah satu MoU ialah perjanjian pertukaran mata wang dua hala ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara dan Bank of China.
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Kementerian Kewangan China juga menandatangani satu perjanjian kerjasama perakaunan dan audit.