Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata proses pencalonan bagi mengikuti program khas haji tajaan Yayasan 1MDB dikemukakan oleh ketua-ketua bahagian Umno.
Kata Mujahid, memang jelas yayasan tersebut digunakan untuk tujuan politik.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Hulu Langat Hasanuddin Mohd Yunus.