Khairy sokong HARAPAN mungkir 2 janji

KiniTV 2018-07-25

Views 23.4K

Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) menggesa kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) memungkiri dua janji manifestonya demi kebaikan ekonomi negara.

Dua janji tersebut adalah pemansuhan GST dan penangguhan pembayaran semula hutang PTPTN bagi peminjam bergaji bawah RM4,000.

Beliau mendakwa kadar GST yang disifarkan sejak 1 Jun lalu gagal menurunkan harga barang.

Berhubung janji penangguhan bayaran PTPTN pula, Khairy berkata ia hanya menambahkan beban hutang yang ditanggung kerajaan.

Katanya, ini kerana PTPTN mungkin terpaksa meminjam daripada institusi kewangan jika tidak boleh mengutip hutang.

Share This Video


Download

  
Report form