Pakatan Harapan harus meminta maaf secara terbuka kepada rakyat sekiranya benar mereka gagal melaksanakan manifesto seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.
Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan BN jatuh disebabkan janji manis pemimpin pembangkang ketika itu ditabur kepada rakyat.