Projek HSR banyak 'hidden cost', jawab Azmin pada Wee

KiniTV 2018-07-18

Views 67.8K

Kerajaan akan melihat kemampuan kewangan untuk membiayai projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) memandangkan banyak kos tersembunyi yang tidak didedahkan oleh kerajaan sebelum ini.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata sekiranya tidak dapat dilaksanakan mengambil suasana ekonomi hari ini, kerajaan akan berbincang dengan Singapura bagi memastikan semua terma perjanjian dipatuhi.

Azmin berkata demikian menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Ayer Hitam Datuk Seri Wee Ka Siong mengenai kos sebenar projek HSR.

Share This Video


Download

  
Report form