'Umno tetap parti haram'

KiniTV 2018-07-11

Views 8.1K

Tan Sri Rais Yatim mengulangi pendiriannya bahawa Umno tetap parti haram meskipun sudah mengadakan pemilihan baru-baru ini.

Dalam wawancara Malaysiakini, bekas veteran Umno itu berpendapat surat penangguhan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) tetap tidak boleh dikira sehinggalah mahkamah memberi suatu penghakiman yang sahih.

Menurut Rais ini kerana surat ROS itu dianggap tidak sah, kecuali dibuat pindaan pada Seksyen 14, Akta Pertubuhan 1966 untuk membenarkan perkara itu.

Seksyen 14 Akta ROS merujuk kepada maklumat yang perlu diberikan oleh pertubuhan-pertubuhan, perintah pendaftar (ROS) supaya maklumat diberi, pendaftar (ROS) meluluskan audit dan perintah sementara (ROS) untuk pembubaran.

Share This Video


Download

  
Report form