KUALA TERENGGANU 14 Mac - Seramai 2,503 guru daripada 45 sekolah rendah dan menengah di sekitar daerah Kuala Nerus dekat sini menerima tablet Kementerian Pendidikan dalam fasa kelima penyerahannya di seluruh negara.
Mereka merupakan sebahagian daripada 21,979 warga pendidik di negeri ini yang menerima peranti berkenaan dengan melibatkan kos keseluruhan RM18.352 juta dalam majlis yang disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman di Duyong Marina Resort, petang tadi.
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.