Jemaah ziarah Raudah

Idea Kita 2018-07-11

Views 24

Raudhah

Dalam ziarah ke dalam Masjid Nabawi di Madinah, tempat yang paling menjadi tumpuan para jemaah dalam masjid suci berkenaan adalah Raudhah.

Rasulullah SAW bersabda 'Tempat yang di antara rumahku dan mimbarku ialah satu taman daripada taman-taman syurga,' (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim).

Raudhah yang terletak antara mimbar dengan makam Nabi Muhammad SAW (dahulunya rumah) disifatkan sebagai tempat yang cukup mustajab untuk berdoa kepada Allah SWT.

Terima kasih kepada mutawif dan petugas
TH Travel & Services Sdn Bhd (THTS) di atas bantuan dan bimbingan kepada jemaah kami agar dapat memasuki kawasan Raudah walaupun tempat itu tidak putus dipenuhi umat yang mencintai Rasulullah SAW.

Sebagai umat Islam, di Masjid Nabawi jugalah merupakan kesempatan paling besar untuk kita mengucapkan `Assalamualaika Ya Rasulullah’ di hadapan makam Nabi Muhammad SAW, nabi junjungan mulia dan kekasih Allah SWT.

- Catatan wartawan Utusan, Kamil Maslih yang mengikuti rombongan umrah TH Travel & Services Sdn. Bhd. (THTS)
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.

Share This Video


Download

  
Report form