PUTRAJAYA 22 Ogos - Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat untuk menyaksikan perlawanan pertama acara polo ekuestrian Sukan SEA Ke-29 membabitkan pasukan Malaysia dan Brunei di Taman Ekuestrian, di sini hari ini.