KUALA LUMPUR 14 Ogos - Buat julung kalinya, Fujifilm (Malaysia) Sdn. Bhd. (Fujifilm Malaysia) akan menganjurkan pameran terbesar, ‘Shoot, Print, Share’ pada 13 hingga 19 November ini di Sunway Pyramid, Subang Jaya, Selangor.
Pameran bertemakan ‘My Malaysia Memory’ itu menyasarkan sebanyak 3,000 foto bercetak untuk dipamer kepada umum dan para peminat fotografi dialu-alukan menyertai pameran tersebut.