KUALA LUMPUR - Jika lembu dipegang pada tali, manusia pegang pada janji.
Janji untuk tampil sebagai penaja bagi Konsert Gala Pelarian pada 26 Ogos oleh pihak penaja berkenaan nampaknya tinggal sebagai janji.
Perbincangan pada Mac tahun ini untuk menaja malam persembahan Datuk Ramli Sarip, Ella dan Raihan gagal ditepati kerana di saat akhir, penaja menarik diri.
Hari ini Papa Rock Ramli Sarip mengkhabarkan 'berita' yang kurang enak di halwa telinga pada satu majlis sidang akhbar di Riverside, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).