KUALA LUMPUR 10 Ogos- Hanya kerana teguran cef tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan terhadap usahawan popular, Datuk Aliff Syukri di laman sosial Instagram, ramai yang menyangka mereka berdua bersengketa.
Tapi betul ke dua selebriti popular ini bermasam muka? Sejauh mana kebenaran dakwaan Aliff Syukri berkecil hati dengan teguran Chef Wan? Kenapa pula Chef Wan menegur usahawan yang popular dengan tagline Terlajak Laris itu?
Utusan Online secara eksklusif menggandingkan kedua-dua selebriti popular ini. Kita dengar sendiri jawapan dari mulut mereka. - UTUSAN ONLINE
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.