KUALA KRAI 23 April - Penantian 107 buah keluarga mangsa banjir banjir besar pada penghujung tahun 2014 berakhir apabila kesemua mereka menerima kunci rumah baharu hari ini.
Majlis penyampaian kunci tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed di Sungai Durian di sini.
Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Dabong, Datuk Ramzi Ab.Rahman; Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma), Datuk Abdul Rashid Haron dan Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan, Datuk Makhtar Mustapha.