KUALA LUMPUR 5 April - Hati ibu bapa mana yang tidak sayu apabila anak yang dahulunya ligat bermain seperti kanak-kanak normal namun kini terlantar tiada upaya setelah diserang sawan dan demam panas.
Adik Nur Zetty Muhammad Zakri, 10,yang juga mesra dengan panggilan Yayang merupakan anak pertama daripada lima beradik kini terlantar lumpuh di rumah semenjak tujuh tahun lalu.