SHAH ALAM 17 Feb. - Polis Selangor berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dadah antara yang terbesar di negeri ini dan merampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM12 juta di sebuah rumah teres kawasan elit di sekitar Setia Alam Selasa lalu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor, Asisten Komisioner Amran Ramli berkata, dalam serbuan kira-kira pukul 6.15 petang itu, dua lelaki tempatan berusia 33 dan 41 tahun berjaya ditahan.
Layari Utusan Online (http://www.utusan.com.my) untuk mendapatkan lebih banyak informasi menarik dan berita terkini.