KUALA TERENGGANU 20 Dis. - Walaupun tinggal bersendirian di kediamannya di Jalan Panji Alam di sini tetapi Roselina Mohamed, 53, tidak pernah sesekali merasa sepi malah, rutin hariannya sentiasa sibuk dalam menjaga serta menguruskan kira-kira 40 ekor kucing.
Tiada istilah penat kerana bagi ibu tunggal kepada seorang anak perempuan berusia 23 tahun yang kini menuntut di institusi pengajian tinggi awam di ibu kota, kucing-kucing berkenaan telah dianggap seperti anak sendiri lalu menjadi tanggungjawabnya untuk memastikan kebajikan kesemua haiwan tersebut.
Berita lanjut di www.utusan.com.my